LAPORAN DISEMBER
TARIKH | 22 DISEMBER 2024 |
MASA | 3.00 PETANG – 5.00 PETANG |
LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA | 1 ORANG |
Tujuan
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer. Menguji kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta sekaligus menambah pengetahuan ICT para peserta. Peserta mempelajari cara menggunakan papan kekunci.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli NADI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di NADI pada masa akan datang. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada peserta. Peserta membuat latihan yang telah disediakan oleh petugas.

