LAPORAN FEBRUARI
TARIKH | 2 FEBRUARI 2025 |
MASA | 10 PAGI – 11.30 PAGI |
LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA | 1 ORANG |
Tujuan
Mempromosikan NADI Kampung Gedong serta memberikan pendedahan kepada peserta tentang dunia keselamatan siber. Melatih kemahiran analisis, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah peserta. Selain itu, meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber dan cara menanganinya. Membantu peserta membina asas untuk menyertai pertandingan CTF secara profesional. Kelas ini sesuai untuk pemula dan mereka yang berminat dalam bidang keselamatan siber.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan oleh Pihak NADI. Program ini adalah dibawah NADI x Cybersecurity. Peserta mengikuti sesi taklimat secara atas talian dan diberikan penerangan tentang Capture The Flag (CTF) iaitu satu pertandingan dalam bidang keselamatan siber yang menguji kemahiran peserta dalam pelbagai aspek keselamatan komputer. Ia biasanya mengandungi cabaran seperti eksploitasi perisian, kriptografi, forensik digital, kejuruteraan balikan, dan banyak lagi.