LAPORAN FEBRUARI
| TARIKH | 14 FEBRUARI 2025 |
| MASA | 3.30 PETANG – 5.00 PETANG |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan
Kelas Tiny Techies Microbit dibuat secara atas talian adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta NADI Kampung Gedong yang berumur 7-12 tahun kepada asas pengaturcaraan dan teknologi melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan, sekaligus mengasah kemahiran digital, pemikiran kreatif, serta menyemai minat terhadap inovasi dan sains komputer sejak usia muda.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan Microbit memahami fungsinya, cara menulis kod dengan Microsoft MakeCode, bagi membina kemahiran digital dan kreativiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Peserta diminta membaca dan menonton video sebelum menjawab kuiz yang disediakan. Peserta akan mendapat sijil apabila berjaya menyelesaikan kesemua modul Microbit.