LAPORAN MEI
TARIKH | 8-11 MEI 2025 |
MASA | 2.30 PETANG – 3.30 PETANG |
LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA | 4 ORANG |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan penguasaan bahasa Inggeris pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM serta meningkatkan keyakinan mereka dalam penggunaan bahasa tersebut dalam situasi harian dan akademik. Kelas ini dihadiri oleh peserta Dilea yang terpilih untuk mengikuti sesi pembelajaran tersebut.
Aktiviti
Para peserta berjaya melengkapkan pembelajaran kendiri bagi elemen English Proficiency dan mengambil bahagian sepenuhnya. Sepanjang pembelajaran ini, peserta memperoleh input yang bermanfaat daripada bahan yang disediakan, seperti dokumen PDF, tontonan video dan akhirnya penilaian ringkas, di mana mereka mendapat maklum balas segera serta dapat memperbaiki kesilapan yang dibuat.