mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

Karnival Cashless Peringkat Sarawak 2025 di NADI Kampung Gedong, Sarawak.

MCMC Wilayah Sarawak dan juga KCHBO terus menunjukkan komitmen dengan menghadiri program Karnival Cashless Peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung di NADI Kampung Gedong pada 28 September 2025.

Program kali ini turut disertai oleh Encik Adiman Ajem (Pengarah Kanan, MCMC Wilayah Sarawak), Puan Jafizwaty Ishahak (Ketua, Bahagian Komuniti dan Inklusif Masa Hadapan) dan juga Ts. Scott Kueh Sui Yek (Pengarah, MCMC KCHBO) bagi membuat lawatan rasmi serta memantau pelaksanaan program yang berlangsung pada hari ini. Program ini juga turut menjemput YB Puan Rodiyah Sapiee untuk merasmikan program Karnival Cashless Peringkat Sarawak 2025.

Pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan seperti KPDN, institusi kewangan, usahawan serta komuniti setempat, sekali gus menjadi wadah strategik dalam memperkukuh kesedaran masyarakat tentang kepentingan transaksi tanpa tunai dan mendorong penggunaannya secara lebih meluas.

MCMC KCHBO juga turut mengambil peluang di dalam membuka ruang pameran advokasi digital untuk mendedahkan program Kempen Internet Selamat (KIS) kepada penduduk setempat serta pameran oleh Bank Islam, Maybank, Aeon Bank, BSN, UniFi, Spay Global, BNM, KWSP, Tabung Haji, toyyibPay, AKPK yang turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi program ini, di samping booth jualan rahmah serta usahawan tempatan. Program turut dimeriahkan dengan aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, acara sukaneka, latihan bersama usahawan NADI dan juga cabutan bertuah.

Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 623 orang penduduk daerah Gedong telah menghadiri program ini.