LAPORAN NOVEMBER
| TARIKH | 20 NOVEMBER 2025 |
| MASA | 3-4.30 PETANG |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | PELAJAR SEKOLAH, BELIA & DEWASA |
Tujuan
Webinar ini memberikan penerangan menyeluruh tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI) membuka peluang besar kepada teknologi moden, namun pada masa yang sama membawa risiko keselamatan yang semakin kompleks. Selain itu, kelas ini juga bertujuan melatih peserta mengamalkan langkah keselamatan digital asas bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.
Aktiviti
Peserta didedahkan kepada realiti bahawa ancaman siber pada era AI bukan lagi sekadar serangan tradisional seperti virus atau penggodaman biasa, tetapi kini melibatkan serangan yang lebih sofistikated, automatik dan sukar dikesan kerana ia digerakkan oleh AI itu sendiri.




