LAPORAN FEBRUARI
| TARIKH | 5 FEBRUARI 2026 |
| MASA | 9.30 PAGI – 11.00 PAGI |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Tujuan kelas Mahir Jahit ini dijalankan secara atas talian adalah untuk memberi penerangan yang jelas dan terperinci kepada para peserta mengenai kaedah dan teknik yang betul dalam mengambil ukuran badan bagi tujuan jahitan. Perkara ini penting bagi memastikan ukuran yang diambil adalah tepat, kemas dan sesuai dengan bentuk badan, seterusnya menghasilkan pakaian yang selesa, cantik serta menepati kehendak pelanggan atau pemakai.
Aktiviti
Cikgu memberi penerangan dan demonstrasi kepada peserta berkaitan cara-cara mengambil ukuran badan dengan betul, termasuk pengenalan jenis ukuran asas yang diperlukan dalam jahitan. Peserta turut didedahkan kepada fungsi alat pengukuran seperti pita ukur serta kesilapan yang perlu dielakkan semasa mengambil ukuran. Melalui sesi ini, peserta dapat memahami kepentingan ketepatan ukuran dan membuat persediaan awal sebelum memulakan proses melakar pola dan menjahit pakaian.



