mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

NADI X AWARENESS (KIS) TAKLIMAT PENGASUHAN DIGITAL II

LAPORAN MAC

TARIKH4 MAC 2026
MASA2 PETANG – 3 PETANG
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTABELIA DAN DEWASA

Tujuan

Program NADI X AWARENESS (KIS) Taklimat Pengasuhan Digital II yang diadakan secara atas talian di NADI Kampung Gedong bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pengasuhan digital. Ia memberi pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat, risiko ancaman siber, serta peranan ibu bapa dalam memantau aktiviti digital anak-anak.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan termasuk taklimat interaktif, perkongsian ilmu keselamatan digital, serta perbincangan cabaran pengasuhan dalam era teknologi. Turut diadakan sesi soal jawab dan panduan praktikal seperti penggunaan kawalan ibu bapa untuk membantu peserta mengurus penggunaan gajet anak dengan lebih berkesan.