mcmc
Laporan Aktiviti

CHATGPT & CANVA (RESUME)

LAPORAN DISEMBER

TARIKH24 DISEMBER 2024
MASA9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTA2 ORANG

Tujuan

Memberikan kemahiran asas dalam menggunakan ChatGPT untuk menghasilkan teks yang berkualiti. Mengajar penggunaan Canva untuk mereka bentuk resume yang profesional dan menarik. Melatih peserta supaya lebih yakin dan cekap menggunakan teknologi moden seperti ChatGPT dan Canva dalam kehidupan harian dan kerjaya. Memberikan peluang kepada peserta untuk menghasilkan dokumen dengan reka bentuk yang menarik dan kreatif menggunakan alat digital.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan cara menggunakan ChatGPT untuk draf kandungan resume, seperti objektif kerjaya, pengalaman, dan kemahiran. Selain itu, peserta mempelajari cara mereka bentuk resume di Canva iaitu penyesuaian warna, fon, dan reka bentuk untuk mencipta resume yang unik, pemilihan templat resume serta pengisian maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran.