mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY

LAPORAN FEBRUARI

TARIKH7 FEBRUARI 2025
MASA3.30 PETANG – 5.00 PETANG
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTA8 ORANG

Tujuan

Meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber, melindungi data peribadi, mengamalkan penggunaan internet yang selamat, mencegah penipuan serta serangan siber, dan memperkasa kemahiran digital peserta. Memberikan panduan tentang penggunaan internet yang selamat, termasuk pengesahan dua faktor, pengurusan kata laluan, dan pengesanan laman web mencurigakan.

Aktiviti

Kelas ini diadakan untuk memastikan peserta NADI Kampung Gedong lebih celik digital dan mampu melindungi diri daripada ancaman siber yang semakin meningkat. Selain itu, peserta diberikan penerangan secara online tentang pengenalan keselamatan siber, risiko siber dalam masyarakat, langkah perlindungan diri di internet, simulasi kes penipuan, serta sesi soal jawab bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran peserta dalam melindungi diri daripada ancaman siber.