LAPORAN JULAI
TARIKH | SEPANJANG BULAN JULAI 2025 |
MASA | 3.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA | TINGKATAN 4 & 5 |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta NADI Kampung Gedong yang bakal menduduki SPM, meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam mata pelajaran penting seperti Bahasa Melayu, Matematik, English, dan Sejarah. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan dengan prestasi yang lebih baik. Latihan kemahiran belajar turut diberikan, meliputi teknik mengingat, membuat peta minda, dan strategi menjawab soalan, diikuti dengan sesi tanya jawab untuk pelajar mendapatkan penjelasan lanjut daripada guru tentang topik yang sukar difahami.
Aktiviti
Peserta berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab dan aktiviti latihan. Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat. Peserta menerima maklum balas secara langsung daripada guru berkaitan prestasi dan pemahaman mereka. Keseluruhan sesi berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati masa yang telah dijadualkan.