LAPORAN FEBRUARI
| TARIKH | 5 FEBRUARI 2026 |
| MASA | 3.20 PETANG – 3.50 PETANG |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | BELIA |
Tujuan
Tujuan kelas E-Sukan ini dijalankan secara atas talian adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan yang jelas kepada para peserta mengenai kepentingan menjaga kesihatan fizikal sebagai seorang pemain e-sukan. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kesan aktiviti permainan dalam jangka masa panjang terhadap tubuh badan, serta amalan penjagaan kesihatan yang betul bagi memastikan prestasi permainan kekal optimum dan risiko kecederaan dapat dikurangkan.
Aktiviti
Penceramah memberi penerangan kepada peserta berkaitan aspek kesihatan fizikal pemain e-sukan, termasuk kepentingan postur badan yang betul, senaman regangan, pengurusan masa bermain, serta amalan gaya hidup sihat. Melalui sesi ini, peserta dapat memahami kepentingan keseimbangan antara permainan dan kesihatan serta membuat persediaan untuk mengamalkan rutin yang lebih sihat semasa menyertai aktiviti e-sukan.




