LAPORAN APRIL
| TARIKH | 4 APRIL 2026 |
| MASA | 3 PETANG – 3.30 PETANG |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | PELAJAR |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan komunikasi yang berkesan dalam sesebuah pasukan. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara berinteraksi dengan baik, menyampaikan arahan dengan jelas serta membina kerjasama yang kukuh bagi mencapai kemenangan dalam permainan secara berpasukan.
Aktiviti
Peserta menonton video berkenaan teknik komunikasi dalam pasukan, perkongsian strategi kerjasama semasa permainan serta simulasi situasi sebenar dalam e-sukan. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan peranan setiap ahli pasukan, cara mengurus konflik dan meningkatkan koordinasi semasa permainan.






