mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

EKELAS

LAPORAN OKTOBER

TARIKH7,9,21 & 23 OKTOBER 2025
MASA10-11 PAGI & 2-3 PETANG
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTAUSAHAWAN

Tujuan

Membantu usahawan meningkatkan pengetahuan dan keupayaan mereka dalam menggunakan teknologi digital untuk memperkukuh jenama serta menarik lebih ramai pelanggan. Selain itu, program ini juga bertujuan melatih peserta agar lebih cekap dalam merancang, melaksanakan, dan menilai keberkesanan strategi pemasaran digital secara menyeluruh.

Aktiviti

Siri Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan dijalankan secara atas talian meliputi empat topik utama iaitu Strategi Pemasaran Digital, Asas Komunikasi Visual, AI untuk Mencipta Kandungan, serta Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital. Setiap sesi dikendalikan oleh penceramah berpengalaman bagi memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta tentang kemahiran digital terkini dalam pemasaran.