LAPORAN OKTOBER
| TARIKH | 25 OKTOBER 2025 |
| MASA | 10-11 PAGI |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | USAHAWAN |
Tujuan
Podcast NADI EmpowHer bertajuk “Bual Kombucha: Inspirasi di Sebalik Rasa” menampilkan perkongsian pengalaman usahawan wanita yang berjaya dalam bidang minuman kesihatan, khususnya pembuatan kombucha. Sesi ini dijalankan secara santai dan informatif bagi memberi inspirasi kepada pendengar.
Aktiviti
Podcast ini bertujuan memberi inspirasi kepada wanita untuk menceburi bidang keusahawanan melalui perkongsian kisah kejayaan usahawan kombucha. Ia juga menggalakkan peserta membina keyakinan, menjadikan minat sebagai sumber pendapatan, dan memperkukuh jaringan sokongan sesama usahawan wanita.




