mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

KIDVENTURE

LAPORAN OKTOBER

TARIKH19 & 25 OKTOBER 2025
MASA10-11 PAGI
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTAPELAJAR SEKOLAH

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan peserta tentang pentingnya perancangan yang teratur dalam perniagaan dan kewangan, serta melatih mereka berfikir secara strategik untuk mengurus sumber dengan lebih berkesan sejak usia muda. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan menanam minat keusahawanan dalam kalangan peserta muda agar mereka lebih bersedia menjadi usahawan pada masa hadapan.

Aktiviti

Peserta NADI x KidVenture Cohort 7 menonton video pembelajaran bertemakan Perancangan Perniagaan dan Perancangan Kewangan yang menerangkan langkah-langkah asas dalam membina dan mengurus perniagaan. Aktiviti ini dijalankan secara interaktif bagi membantu peserta memahami konsep melalui contoh dan penerangan visual.