LAPORAN APRIL
| TARIKH | 2 APRIL 2026 |
| MASA | 8 PAGI – 5 PETANG |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | DEWASA |
Tujuan
Program ini bertujuan membantu ibu bapa dan penjaga memahami kepentingan pengurusan emosi dalam mendidik anak-anak. Program ini memberi pendedahan tentang punca tekanan, cara mengawal kemarahan serta teknik mendidik anak dengan pendekatan yang lebih positif dan berkesan bagi mewujudkan suasana keluarga yang harmoni.
Aktiviti
Sesi penerangan mengenai pengurusan emosi, perkongsian teknik kawalan kemarahan dan komunikasi berkesan bersama anak-anak, serta perbincangan situasi harian yang sering dihadapi oleh ibu bapa. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kaedah disiplin positif dan cara membentuk tingkah laku anak yang baik serta mengaplikasikan pendekatan yang sesuai dalam kehidupan seharian.



