LAPORAN OGOS
| TARIKH | 16 OGOS 2025 (SABTU) |
| MASA | 9.30 PAGI – 1.30 PETANG |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | 28 ORANG |
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk menghargai kreativiti peserta MAHIR FOTO Intake 1 melalui pertandingan Mobile Videography serta memberi ruang kepada mereka menonjolkan hasil karya menggunakan telefon pintar. Program ini juga bertujuan membuka peluang kepada pelajar dan peserta untuk memahami seni videografi mudah alih, di samping memberi inspirasi kepada generasi muda agar berani berkarya dengan medium digital yang mudah diakses. Selain itu, ia menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman daripada para juri profesional yang terlibat.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan meliputi tayangan karya video finalis, sesi bicara karya bersama juri jemputan, serta perbincangan tentang kekuatan dan penambahbaikan hasil karya peserta. Peserta juga berpeluang menyaksikan pengumuman pemenang pertandingan dan penyampaian penghargaan kepada karya terbaik. Sebagai selingan, turut diadakan cabutan bertuah bagi menceriakan suasana dan memberi motivasi tambahan kepada penonton.





