LAPORAN JUN
TARIKH | 4-6 JUN 2025 |
MASA | 3.00 PETANG – 5.00 PETANG |
LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan
Kelas NADI Safe & Shield bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab, termasuk mengenali laman web yang mencurigakan serta menjaga privasi dalam talian. Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang bahaya jenayah siber seperti scam, buli siber, dan kebocoran data peribadi, seterusnya membentuk sikap berhati-hati dan bijak ketika menggunakan platform digital.
Aktiviti
Petugas membuka link Kelas Online untuk peserta. Kelas ini diadakan untuk memastikan peserta NADI Kampung Gedong lebih celik digital dan mampu melindungi diri daripada ancaman siber yang semakin meningkat. Antara aktiviti dalam kelas NADI Safe & Shield secara online termasuklah sesi webinar interaktif, tayangan video kesedaran, kuiz dalam talian melalui platform digital.