LAPORAN DISEMBER
| TARIKH | 06 DISEMBER 2025 |
| MASA | 9 PAGI – 10 PAGI |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang pengurusan operasi perniagaan yang teratur, cekap dan berdaya saing, khususnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan serta penambahbaikan operasi perniagaan melalui pembelajaran secara atas talian.
Aktiviti
Program dilaksanakan dalam bentuk kelas secara atas talian yang merangkumi sesi ceramah dan perkongsian ilmu oleh penceramah berpengalaman, penerangan modul operasi perniagaan, perbincangan interaktif, serta sesi soal jawab bagi membantu peserta memahami dan mengaplikasikan ilmu dalam perniagaan masing-masing.



