mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

NADI x MAHIR: MAHIR JAHIT INTAKE 3 KENALI PERALATAN

LAPORAN JANUARI

TARIKH22 JANUARI 2026
MASA9.30 PAGI – 11.00 PAGI
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTABELIA DAN DEWASA

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan yang jelas dan menyeluruh kepada para peserta mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) penggunaan mesin dan peralatan yang disediakan di NADI. Penerangan ini bertujuan memastikan setiap peserta memahami cara penggunaan yang betul, aspek keselamatan, serta penjagaan peralatan sepanjang kelas Mahir dijalankan.

Aktiviti

Cikgu memberi pendedahan awal kepada peserta tentang persediaan bahan-bahan yang diperlukan bagi aktiviti membuat bekas pensil, termasuk pengenalan kepada alat, bahan, dan langkah-langkah asas sebelum aktiviti praktikal dilaksanakan. Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman, keyakinan, dan kesediaan mereka untuk mengikuti kelas-kelas seterusnya dengan lebih teratur dan selamat.