mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

NADI x MAHIR: MAHIR MASAK INTAKE 3, KELAS MINGGU 4 – COOKIES

LAPORAN FEBRUARI

TARIKH6 FEBRUARI 2026
MASA9.30 PAGI – 11.00 PAGI
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTABELIA DAN DEWASA

Tujuan

Tujuan kelas Mahir Masak ini dijalankan secara atas talian adalah untuk memberi penerangan yang jelas dan terperinci kepada para peserta mengenai cara membuat cookies dengan betul, bermula daripada penyediaan bahan, teknik mencampur adunan, sehinggalah proses membakar. Kelas ini penting bagi memastikan peserta memahami langkah-langkah pembuatan cookies yang tepat, bersih dan selamat bagi menghasilkan cookies yang sedap, rangup serta berkualiti.

Aktiviti

Cikgu memberi penerangan dan demonstrasi kepada peserta berkaitan proses pembuatan cookies, termasuk pengenalan bahan-bahan yang digunakan serta fungsi setiap bahan dalam adunan. Peserta turut didedahkan kepada teknik penyediaan adunan yang betul, suhu dan masa pembakaran yang sesuai, serta tips untuk menghasilkan cookies yang sempurna. Melalui sesi ini, peserta dapat membuat persediaan awal dari segi peralatan dan bahan masakan serta lebih yakin untuk mencuba membuat cookies secara praktikal.