LAPORAN JANUARI
| TARIKH | 23 JANUARI 2026 |
| MASA | 9.30 PAGI – 11.00 PAGI |
| LOKASI | NADI KAMPUNG GEDONG |
| PESERTA | BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Tujuan kelas Mahir Masak ini dijalankan secara atas talian adalah untuk memberi penerangan yang jelas dan terperinci kepada para peserta mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) penggunaan mesin dan peralatan yang disediakan di NADI bagi kegunaan peserta sepanjang kelas Mahir Masak dijalankan. Ia penting bagi memastikan peserta memahami tatacara penggunaan peralatan dengan betul, selamat, dan berhemah apabila menjalankan aktiviti memasak secara praktikal di NADI.
Aktiviti
Cikgu memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan kelas Mahir Masak, pengenalan kepada modul-modul pembelajaran, serta perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada minggu-minggu seterusnya. Dengan penerangan ini, peserta dapat membuat persediaan awal dari segi peralatan, bahan masakan, serta pengurusan masa bagi memastikan kelancaran penyertaan dalam kelas secara atas talian.






