mcmc
Laporan Aktiviti

Webinar Berkala Bahasa Inggeris (Edisi Ke-4)

LAPORAN OGOS

TARIKH16 OGOS 2025 (SABTU)
MASA2.30 PETANG – 4.30 PETANG
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTA10 ORANG

Tujuan

Tujuan Webinar Berkala Bahasa Inggeris (Edisi Ke-4) adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 5 memahami dengan lebih jelas format peperiksaan dan meningkatkan persediaan mereka dalam menghadapi Ujian. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan, di samping memperkukuhkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris mengikut keperluan kurikulum semasa.

Aktiviti

Kelas ini dikendalikan secara interaktif bersama penceramah jemputan iaitu guru Bahasa Inggeris berpengalaman. Pelajar akan diberi penerangan tentang format terkini peperiksaan, panduan menjawab soalan, serta latihan ringkas yang menekankan kemahiran menulis, membaca, dan memahami teks. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar mengemukakan persoalan dan mendapatkan penjelasan secara terus.