mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

WEBINAR NADI x CYBERSECURITY: SELAMATKAH TELEFON ANDA DARIPADA ANCAMAN?

LAPORAN OGOS

TARIKH14 OGOS 2025 (KHAMIS)
MASA3.30 PETANG – 4.30 PETANG
LOKASINADI KAMPUNG GEDONG
PESERTA11 ORANG

Tujuan

Tujuan kelas secara Zoom ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai pelbagai ancaman siber yang boleh menyerang telefon pintar tanpa disedari. Program ini bertujuan membantu pengguna, khususnya golongan dewasa, ibu bapa dan belia, mengenal pasti tanda-tanda ancaman tersembunyi serta memahami langkah perlindungan asas bagi melindungi data peribadi. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan tahap kepekaan masyarakat terhadap keselamatan digital agar dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa pengintipan, penipuan atau serangan siber.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan melalui kelas Zoom ini merangkumi sesi pengenalan tentang ancaman siber semasa, perkongsian langkah perlindungan asas yang boleh dipraktikkan pengguna, serta demonstrasi teknikal secara langsung berkenaan bagaimana serangan boleh berlaku ke atas telefon pintar. Peserta turut berpeluang berinteraksi dengan penceramah melalui sesi soal jawab, menjawab kuiz ringkas berkaitan topik, serta menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan selepas tamat kelas.